1.PENYEBARAN FITNAH
Fitnah ialah menyiarkan sesuatu berita
tanpa kebenaran dengan bertujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang dan bagi
pemfitnah tersebut pula ianya adalah untuk memudahkan dirinya bagi mencapai
segala cita-citanya. Pada era teknologi dan globalisasi ini penyebaran
fitnah menjadi berleluasa dan ianya mudah untuk disampaikan dengan adanya
teknologi canggih seperti komputer, telefon dan pelbagai gajet lagi. Penyebaran
fitnah masa kini lebih tertumpu pada penyebaran fitnah di laman sosial yang
mana tujuan utama penfitnah adalah untuk menjatuhkan seseorang, memperoleh
pangkat dan tidak terkecuali untuk melariskan artikelnya semata-mata untuk
mencapai tontonan tertinggi. Perbuatan fitnah ini adalah perbuatan yang tercela
yang mana Allah S.W.T telah menjanjikan azab yang pedih kepada mereka yang
menyebarkan fitnah.
Firman Allah S.W.T dalam surah
al-Buruj:10 :“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada
orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat,
maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat
pedih”.
Adalah menjadi sesuatu yang janggal apabila
golongan berpendidikan tinggi juga turut tidak terkecuali menjadi penyebar
fitnah bahkan golongan inilah yang lebih memanipulasi sikap buruk menyebarkan
fitnah. Kebanyakkan daripada mereka menyebarkan fitnah hanya semata-mata untuk
mengejar pangkat dan harta dunia yang mana hanya bersifat sementara. Hal ini
terjadi kerana mereka lupa akan kehidupan selepas mati dan azab yang akan Allah
S.W.T timpakan pada mereka di hari pengadilan kelak. Pada usia muda
mereka, mereka hanya lebih mementingkan ilmu dunia. Akibatnya, ianya
menyebabkan mereka jahil akan ilmu agama yang menyebabkan mereka terperosot
kelembah kedustaan.
Oleh yang demikian, bagi mereka yang
menerima berita yang disampaikan orang lain ianya perlulah dipastikan
kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran sepatutnya menjadikan kita
tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang bertujuan untuk memburuk-burukkan
orang lain. Sikap menyebarkan fitnah bukanlah sunnah yang diajarkan Rasulullah
S.A.W.
Rasulullah SAW mengingatkan kita melalui sabda Baginda: “Orang Mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor (maki-hamun).” (Riwayat Ibnu Mas'ud)
Rasulullah SAW mengingatkan kita melalui sabda Baginda: “Orang Mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor (maki-hamun).” (Riwayat Ibnu Mas'ud)
Penyebaran fitnah bukan sahaja dari segi
penulisan atau komen, penyebaran fitnah juga boleh berlaku dalam bentuk gambar
dan juga video. Fitnah sebegini pernah terjadi kepada ahli politik dan artis
tanah air. Akibat daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini,
ianya telah menyebabkan mangsa fitnah tersebut sukar mendapat perkerjaan.
Sebagai contoh golongan artis mereka perlu menerima pelawaan syarikat produksi
untuk menjalankan setiap rakaman. Akibat daripada virus fitnah ini syarikat
produksi tidak berani mengambil risiko kerugian jika mereka mengaji artis yang
terlibat dengan skandal fitnah. Adalah lebih parah apabila mangsa fitnah itu
sendiri terpaksa menerima hukuman sebat dan penjara akibat daripada virus fitnah
tersebut.
Sejarah Islam telah menunjukkan bukti yang
nyata di mana tiga khalifah Islam menjadi korban fitnah menyebabkan Khalifah
Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
terbunuh.
Nama
|
Jenis Fitnah
|
Saidina Umar al-Khattab
|
Dibunuh Abu Lu’lu’ah
Menuduh saidina Umar mengenakan cukai
yang tinggi kepadanya.
|
Saidina Uthaman Affan
|
Dibunuh kaum al-Qurra
menganggap saidina Uthman:
v Memihak kaum keluarga
v Boros dan mengambil duit baitulmal
v Membenarkan para sahabat Rasulullah S.A.W dan kaum
Quraisy memiliki tanah di Iraq
v Memihak kaum Quraisy dan kaum murtad
v Membakar al-Quran
|
Saidina Ali Abi Talib
|
Dibunuh oleh kawarij
Golongan kawarij menuduh saidina
Ali berkomplot membunuh saidina Uthman
|
Keadaan yang berlaku hari ini menampakkan
kegagalan masyarakat memikirkan kesan daripada perbuatan mereka terhadap orang
lain. Ia juga memperlihatkan kejahilan mereka mengenai ajaran Islam yang
melarang menyakiti saudara kerana umat Islam sepatutnya menyayangi saudara
sebagaimana dia menyayangi dirinya.
Kebebasan bersuara serta hak asasi yang
diperjuangkan selama ini juga menjadikan perbuatan menfitnah, membuat dakwaan
palsu sebagai suatu yang boleh diterima atau tidak salah. Undang-undang juga
gagal mengekang kumpulan yang sering mengamalkan fitnah secara terang-terangan.
Ketahuilah duri fitnah ini amat berbahaya
dan menyakitkan. Ianya merosakkan persaudaraan, meruntuhkan institusi keluarga
dan masyarakat. Bermula dengan fitnahlah hubungan adik-beradik, suami isteri,
jiran tentangga dan sebagainya hancur dan mengakibatkan permusuhan yang
berkekalan. Oleh yang demikian kita perlulah sentiasa mengamalkan sikap
hormat-menghormati, adil dan bertanggungjawab walaupun berhadapan dengan musuh
bagi mengekang virus fitnah ini daripada meresapi ke dalam diri kita sendiri.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
KESIMPULAN
JAUHI FITNAH!!
Kesimpulannya, fitnah bukan sahaja
membawa kepada keburukan dalam kehidupan bermasyarakat, malah ianya merupakan
dosa besar yang mana si penyebar fitnah perlu memohon maaf kepada mangsa
fitnah andai ingin dosanya diampunkan. Pembuat dan penyebar fitnah disifatkan
sebagai golongan yang keji.
Oleh itu kita sebagai manusia yang waras, setiap
informasi yang diterima dan ingin disampaikan perlulah diperhalusi dan
diselidik kesahihannya agar tidak mejadi fitnah dalam kalangan masyarakat.
Akhir sekali,m kita perlulah sentiasa mengamalkan adab-adab Islam ketika
berkomunikasi bagi mengekang virus fitnah ini daripada menular ke dalam diri.
“Tahukah kamu siapakah orang yang
muflis?” Sahabat-sahabat Baginda menjawab: “Orang yang muflis di antara
kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan
dirham (ringgit) dan tiada harta benda.” Nabi s.a.w seterusnya bersabda: “Sebenarnya
orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari
kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan
kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini,
menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil
daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu.
Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar
kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan
orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke
dalam neraka.”)
|
2.HIBURAN
MELAMPAU
PENGENALAN
Hiburan??? Menurut kamus dewan edisi ke-3,
hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda dan lain-lain untuk menghiburkan
iaitu menyenangkan, mententeramkan hati dan tempat menghiburkan hati. Hiburan
kebiasaannya dan selalu dikaitkan dengan remaja atau belia. Namun, persoalannya
di sini adakah hiburan dapat memberi kesan positif atau negatif kepada
masyarakat secara amnya dan golongan belia khususnya berikutan dengan kemajuan
teknologi negara masa kini.
Pada era globalisasi ini, tidak dapat
dinafikan lagi bahawa sumber hiburan amat mudah diperolehi dengan hanya
menggunakan hujung jari sahaja dengan menggunakan teknologi yang ada sekarang
seperti komputer, telefon bimbit dan lain-lain. Hiburan meliputi skop yang
sangat luas untuk dikategorikannya. Antaranya ialah hiburan melalui muzik,
filem, tarian, ‘games’ dan lain-lain. Belia kini lebih menjurus atau berminat
menggunakan masa yang terluang dengan menggunakan hiburan apabila memerlukan
ketenangan. Tidak dapat disangkal lagi, tanpa sesuatu yang boleh menjadi
penghibur, hidup dirasakan kosong, lesu dan penuh dengan kebosanan. Malah
hiburan di katakan amat sinonim dengan golongan belia atau remaja yang lebih
mementingkan gaya hidup yang ‘up to date’ dan proaktif seiring dengan teknologi
untuk mendapatkan sumber hiburan.
Selalunya apabila disebut tentang hiburan
pasti akan tergambar di fikiran hanya tentang muzik dan filem. Muzik (jazz,
pop, rock, blues, rapp, dangdut, poprock dan agogo) dan filem juga merupakan
salah satu hiburan yang utama iaitu mampu memberi impak yang ‘pro’ dan ‘kontra’
kepada belia atau remaja berdasarkan cara penerimaan dan penggunaan hiburan
tersebut. Misalnya, jika dilihat dari aspek positif, ada di antara pelajar
sendiri yang telah menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji
pelajaran. Cuba kita tinjau dari aspek sejarah, manusia didapati lebih
berpotensi untuk mencapai apa yang diingini jika seseorang melakukan perkara
tersebut di dalam keadaan gembira dan tenang. Secara tidak langsung, muzik dan
filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber
inspirasi kepada masyarakat terutamanya belia.
Pada asalnya, teknologi terkini yang
menampung evolusi hiburan yang meluasnya terutama dari filem dan muzik secara
khususnya adalah bertujuan untuk memberi faedah kepada masyarakat iaitu sebagai
penghibur dan menambahkan suasana ceria. Tetapi pada masa kini, golongan belia
telah menjadikan tujuannya amat menyimpang dan membawa kepada kesan yang
negatif akibat daripada perkembangan teknologi yang sangat pesat. Seperti yang
kita sedia maklum golongan belia ini mudah untuk terdorong melakukan atau
mencuba sesuatu yang baru. Kemunculan teknologi yang canggih seperti satelit,
televisyen, wayang gambar, ‘video player’ dan sebagainya telah memudahkan lagi
para belia mendapatkan hiburan yang boleh menjurus kepada perkara-perkara
negatif berbanding positif.
DEFINISI
Hiburan merupakan persembahan atau kegiatan
yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, contohnya untuk permainan
computer, “penonton” mungkin hanya seorang sahaja. Para penonton boleh
menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera atau secara aktif
seperti dalam permainan computer. Industry yang membekalkan hiburan digelarkan
industry hiburan.
Pada umumnya, bermain dan membaca serta
penghargaan seni tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi
kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton,
kecuali dalam permainan computer.
Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan
kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini
berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a.
yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku,
sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi
dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath.
Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah
di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari
raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu
ada hari rayanya akan adalah hari raya kita.”
(Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa
hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam.
Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang
dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah
nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak
dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan
dosa.
PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
Pada zaman yang serba canggih ini, pelbagai
teknologi telah dibangunkan untuk kegunaan orang ramai namun penggunaan yang begitu
canggih ini tanpa sempadan telah juga memberikan impak yang negatif kepada
masyarakat terutamanya golongan remaja masa kini. Pada remaja kini terlalu
mengikut pengaruh dunia barat yang dianggap “up-to-date” dan berasa malu
sekiranya tidak mengikutnya.
Terdapat banyak punca yang menyumbang
kepada runtuhnya akhlak remaja. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut
kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya
berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang
remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para
remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan
sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda”
remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan
kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara ity berbahaya dan sia-sia. Bak
kata pepatah “menang jadi arang, kalah jadi abu’.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut
menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan
mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka
menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya
akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang
mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan
anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan
aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah
teruk. Bak kata pepatah “sudah terhantuk, baru tergadah”.
Antara punca lain ialah pengaruh media
massa. Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan
dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi
juga boleh mempengaruhi sesorang terutamanya golongan remaja ke arah yang
negatif secara diam. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak
ditayangkan oleh media massa. Certa-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan
merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan
akhlak remaja semakin menjadi-jadi.
Di samping itu, sifat semulajadi remaja
juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun pada awalnya niat
mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan
terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan
apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan
seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.
Akhir sekali ialah didikan agama dan
nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini.
Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan
sehinggaka mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak
mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup ole ibu bapa mereka. Hal ini
menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk
terhadapperbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu
perkara negatif itu tanpa berfikir panjang.
Kesimpulannya, ibubapa perlu memantau
keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti
yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu
untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara
ini daripada berterusan. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai
kepada negara dang bangsa kerana mereka inilah akan memimpin negara pada suatu
hari nanti.
CARA-CARA MENGATASI MASALAH
KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
Strategi mengatasi masalah seharusnya
ditumpukan pada golongan remaja ini. Beberapa saranan atau cara-cara mengatasi
keruntuhan kahlak remaja di antaranya ialah seperti berikut:
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam
memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah
sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu
bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah
tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang
mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan
sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberika keyakinan,
keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.
Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama,
tanamkan nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan,
prinsip-prinsip akauntibiliti, menepati janji, berketerampilan, menunjukan
peribadi yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka
potensi anak . ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak-anak.
Pendidikan keibubapaan perlu
diperkembangkan dengan cara yang lebih berkesan sehingga keupayaan pendidikan
anak-anak dalam institusi keluarga dapat diperkemaskan. Amalan keibubapaan
Islam hendaklah dipraktikkan melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja yang
bermasalah di qariah boleh dijadikan sasaran yang terawal untuk membina modal
nyata untuk dikembangkan dalam masyarakat.
Selain itu, mengadakan aktiviti yang dapat
membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui
aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat
melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag masa. Bak kata pepatah
“sambil menyelam, minum air”.
Seterusnya, mewujudkan system perundangan
di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah telah menimbulkan
rasa takut dikalangan pelajarr sekolah, disamping mengurangkan bebanan dan
tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawalan disiplin.
Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh semua pihak
dalam sekolah seperti yang dahulunya pernah ditegaskan dalam system
pembentukkan disiplin pelajar. Kawalan diperingkat awal mesti dilaksanakan.
Semua pihak hendaklah ‘turun padang’ dengan ertikata sebenar untuk mengatasi
masalah disiplin remaja pada masa kini.
Di samping itu juga, pihak kerajaan seperti
Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan sertiap
rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur
keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati
diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk membentuk jati diri dan
membaiki akhlak remaja.
Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang
oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana bidang kuasa polis yang sedia ada
perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar yang
bermasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak polis sebagai
penyelesaian yang terakhir.
KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN HIBURAN
TERLAMPAU
Kebaikan
v Menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji
pelajaran.
v Muzik dan filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak
digambarkan sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat terutamanya belia
v Menjadikan hiburan seperti muzik, mainan dan seumpamanya sebagai
satu cara untuk menghilangkan tekanan atau menenangkan jiwa
v Hiburan dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
Keburukan
v Hiburan melampau boleh menyebabkan kita lalai dan leka
v Hiburan boleh menyebabkan sebagai seorang muslim melambat-lambatkan
waktu sola
v Hiburan juga menyebabkan kita terpesong dari landasan agama
v Hiburan boleh menyebabkan kita terikut-ikut dengan budaya
kuning
GARIS PANDUAN HIBURAN YANG DITETAPKAN DALAM ISLAM
Program hiburan
v Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
v Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu
ketenteraman awam dan orang ramai.
v Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitivity masyarakat
dan ajaran Islam.
v Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
v Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh
menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
v Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang
bertentangan dengan ajaran Islam.
Persembahan muzik
v Tidak menimbulkan gerak-geri liar.
v Tidak mendorang kepada perbuatan maksiat
v Tidak melalaikan.
Lirik
v Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
v Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat,
perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa.
v Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi
v Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggarkan adab kesopanan
dalam Islam.
v Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
v Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan
seumpamanya
v Tidak boleh dijadikan teks Al-Quran sebagai lirik.
Persembahan artis
v Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai
kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
v Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh
mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan
kehendak Islam
v Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan
perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
v Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau
menghina agama Islam.
Persembahan tarian
v Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh
mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak
Islam.
v Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah
v Tidak boleh percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh
menimbulkan fitnah
v Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan
v Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan
KESIMPULAN
Pada era globalisasi ini,
remaja kita tidak lagi mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru,
dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan
lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu,
mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan
dalam hidup dan memilih hiburan terlampau.
Biasanya, remaja adalah mereka yang berada
dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja yang berumur
antara 11 tahun hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan inilah
ramai remaja menghadapi pelbagai masalah sosial. Remaja kini bukanlah golongan
yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi
yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Kini negara kita mengalami pelbagai
masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara
biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah
atau gejala sosial dalam kalangan remaj adalah perkara normal bagi umur mereka
yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang
berlaku diseluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.
Kesimpulanya, ibupaba perlu
memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka supaya menjadi
generasi yang berguna suatu hari nanti iatu dengan cara ibubapa perlu memantau
keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti
yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu
untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara
ini daripada berterusan.
3. kesantunan bahasa
MAKSUD KESANTUNAN BAHASA
Kesantunan berbahasa ialah timbang rasa
yang kita berikan kepada orang yang mendengar kita bercakap dan merujuk kepada
sifatsifat bahasa yang membolehkan kita menolak permintaan seseorang tanpa
menyinggung hatinya.
Kesantunan berbahasa dapat diwujudkan
dengan mengelakkan daripada berlakunya bentuk-bentuk kebiadapan berbahasa
seperti komunikasi bertulis terlalu ringkas, sindiran, berpura-pura, marah,
curiga, menghina, menuduh tanpa bukti, terlampau memuji, melebih-lebihkan
pengiktirafan, cakap berbelit-belit.Orang Melayu menggunakan bahasa sapaan dan
kata ganti nama diri ketika berkomunikasi.
Status merupakan faktor penting dalam
penggunaan bahasa sapaan dan kata ganti nama diri digunakanterutamanya dalam
pergaulan dengan orang berdarjat tinggi, manakala dalam konteks pergaulan
biasa, umur dan jarak perhubungan menjadi faktor utama. Penggunaan nama-nama
panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu
dalam susunan kekeluargaan dan kedudukannya dalam masyarakat.
Dalam masyarakat Cina dan India, kesantunan
berbahasa bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain. Contohnya,
kita saling menghormati diantara satu sama lain
tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan.Selain itu,
kesantunan berbahasa juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas
dengan tutur kata yang baik dan berbudi bahasa.
Dalam masyarakat Cina dan India, kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan danpercakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
PERBEZAAN BUDI BAHASA DALAM
BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA:
Masyarakat melayu
v Berpegang kuat pada adat resam dan agama
v Memberi salam apabila bersua
v Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
v Kata sapaan
v Kata gelaran
v Panggilan
v Memberi salam
v Bersalam
v Bertanya khabar
v Melayan tetamu
v Menghormati orang tua
v Masyarakat cina
v Tunduk ketika memberi salam
v Orang tua makan dahulu
v Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba
v Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi
v Menanggalkan kasut sebelum masuk kedalam
rumah
v Masyarakat india
v Duduk bersila semasa makan
v Tidak membazirkan makanan
v Senyap semasa bersembahyang
v Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam
kuil
v Mematuhi adat dan resam
v Salam orang yang lebih tua
ASPEK
KESANTUNAN BERBAHASA
§ Cara sapaan lisan
atau bertulis menurut bahasa melayu dengan sopan santun supaya tidak di anggap
sebagai biadap atau tidak bebudi bahasa
§ Kehalusan budi
bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan
bahasa
§ Dalam kesantunan
berbahasa, bahasa melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan tersendiri.
§ Sistem sapaan dan
panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama
§ Kesantunan
berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti
nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan
keakraban hubungan.
§ Bahasa halus
mengikut Asmah Haji Omar “ disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adat
tata tertib”
KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA
·
Konsep kesantunan berbahasa adalah konsep yang menitik beratkan penutur
supaya bersopan santun ketika berkomunikasi dengan orang lain.
·
Kesantunan bahasa melayu dapat dilihat dari aspek verbal dan non-verbal.
Melalui verbal dan non-verbal, kesantunan berbahasa akan terserlah.
·
Kesantunan berbahasa dari segiverbal merujuk kepada percakapan, lisan
dan pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal perlu dijaga tertamanya semasa
berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan rakan,
menyampaikan maklumat dan lain-lain lagi.
·
Kesantunan berbahasa verbal secara ringkasnya merujuk kepada aspek komunikasi
secara lisan. Contohnya melalui media massa seperti radio, televisyen dan
internet, pengucapan awam dan ceramah , seminar serta sesi ucapan.
·
Kesantunan berbahasa non-verbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi
wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
·
Konsep kesantunan berbahasa non-verbal ini merujuk kepada semua
perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang
dapat difahami. Contohnya , non- verbal melalui media cetak seperti surat
khabar, majalah, jurna dan buku.
·
Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini hendaklah di amalkan dan
di pratikkan oleh setiap lapisan masyarkat di seluruh dunia. Hal ini kerana
kesantunan berbahasa itu sangat penting bagi menjaga nama baik Negara,
keluarga, agama , masyarakat dan tanah
air tercinta.
KESAN BAIK MENGAMALKAN KESANTUNAN BERBAHASA
o TERHADAP DIRI KITA
§ Diberi petunjuk
didunia dengn sentiasa mengucapkan kata-kata yang baik.
§ Sikap yang kasar
dan keras hati akan menyebabkan orang akan menjauhkan diri dari kita
§ Mengamalkan amalan
berbudi bahasa akan mencerminkan keperibadian seseorang
o TERHADAP MASYARAKAT
§ Sentiasa mendapat
layanan yang baik dari masyarakat sekeliling
§ Dapat melahirkan
masyarakat yang baik, bertanggungjawab dan penuh amanah
§ Menzahirkan rasa
hormat antara satu sama lain.
o TERHADAP NEGARA
§ Menjadi khazanah
yang boleh diwarisi
§ Mengeratkan
hubungan silaturrahin serta menyemarakkan lagi semangat muhibbah
§ Melahirkan bangsa
yang penyayang
KEPENTINGAN DALAM KESANTUNAN BERBAHASA
o Salah satu
kepentingan kesantunan berbahasa dalam kehidupan adalah untuk mewujudkan
perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang
berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit
ataupun status individu tersebut. Apabila wujudnya sikap saling menghormati,
masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera walaupun
hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada
itu, perselisihan faham antara kaum seperti peristiwa hitam 13 Mei 1969 dapat dielakkan.
Ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan
‘Perpaduan Teras Kejayaan’ jelas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita
yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Pepatah ada menyatakan ‘bersatu teguh,
bercerai roboh’. Justeru apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang
dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara
dengan mudah.
o Selain itu,
kesantunan bahasa penting kepada remaja kerana mereka merupakan generasi pelapis
yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Hal ini menjadikan betapa
pentingnya remaja sebagai modal insan minda kelas pertama yang akan memimpin
bangsa dalam mencapai kemajuan negara pada masa yang akan datang. Sehubungan
itu, pembentukan perangai dan budi bahasa yang mulia penting kepada mereka
sebagai panduan untuk menjalani kehidupan. Nilai-nilai murni seperti bersopan
santun, hormat-menghormati dan sebagainya perlu diamalkan sejak kecil. Remaja
yang berperibadi mulia dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala sosial dan
kerosakan akhlak kerana mereka sedar akan keburukan tindakan tersebut.
o Di samping itu,
disingkap dari perspektif masyarakat pula, budi bahasa dapat menjalinkan
silaturrahim dan ukhuwah yang rapat antara jiran. Kini, manusia semakin ghairah
dalam mengejar kemajuan dunia yang moden, sehingga perhubungan dengan komuniti
sekeliling menjadi tidak penting lagi. Budaya kunjung-mengunjungi,
gotong-royong dan kenduri yang merupakan warisan nenek moyang sudah mula goyah
di sesetengah kawasan. Sebenarnya, budi bahasa harus dijadikan asas untuk
membentuk semangat kejiranan, seterusnya merapatkan hubungan antara satu sama
lain. Bertegur sapa dengan jiran tidak memadai untuk mengekalkan persahabatan
sekiranya kita tidak mengamalkan sikap tolong-menolong, bekerjasama, dan
toleransi.
o Budi pekerti yang
mulia mampu memajukan sektor pelancongan negara. Mantan Perdana Menteri
Malaysia yang ke-5, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pernah berkata,
"Apabila pelawat datang, kita kena senyum kepada mereka. Apabila mereka
bertanya jalan, kita kena tunjuk jalan dan apabila mereka bertanya sesuatu,
kita harus menjawab secara sopan." Pelancong asing wajar dilayan dengan
sopan supaya mereka mempunyai pandangan yang baik terhadap negara kita. Rakyat
harus sentiasa mengamalkan sifat senyum selalu kerana sifat ini dapat memberi
tanggapan positif kepada seseorang bahawa kedatangannya dialu-alukan. Di
samping itu, sektor pelancongan yang rancak akan mempercepat aliran mata wang
asing, sekali gus menjana ekonomi negara. Strategi tersebut dianggap sebagai
'langkah serampang dua mata' kerana kita juga akan memperoleh faedah apabila
negara menjadi maju dan makmur.
ISU DAN CABARAN DALAM
MENGAMALAKAN KESANTUNAN BERBAHASA
§ ISU PENDIDIKAN
·
Disekolah guru-guru kurang menekankan mengenai kepentingan kesantunan
berbahasa dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini menyebabkan individu
menganggap sifat kesantunan berbahasa ini tidak penting dan tidak perlu di
amalkan.
§ ISU MEDIA MASSA
·
Para remaja tidak menghormati orang tua. Mereka tidak memanggil orang
tua dengan gelaran yang sepatutnya.Hal ini mungkin disebabkan kerana terlalu
terdedah dengan drama-drama inggeris dan tayangan di televisyen terbitan orang
barat.
§ ISU GEJALA SOSIAL
·
Disebabkan pengaruh dalam
kehidupan sekeliling menyebabkan seseorang itu cenderung untuk bersikap
biadap dan tidak mengamalkan sifat kesantunan berbahasa dalam kehidupan harian.
Dalam keadaan ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik
anak-anak mereka yang jelas tersasar .
§ ISU ICT
·
Dalam konteks ini, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting
untuk mempengaruhi orang ramai melupakan budaya sendiri.
CARA MENANGANI MASALAH KESANTUNAN BERBAHASA
§ Peranan ibubapa
·
Ibubapa haruslah mengetahui dengan siapa anaknya berkawan. Ibubapa yang
baik juga sepatutnya memberi nasihat dan teguran kepada anak-anak mereka agar
mereka tahu membezakan perkara yang baik dan buruk
§ Peranan rakan
sebaya
·
Pemilihan rakan sebaya sengat penting kerana rakan sebaya merupakan
insan yang paling rapat dengan kita selepas keluarga. Sekiranya rakan sebaya
yang dipilih berahlak baik sudah pasti kita turut berahlak baik nanti.
§ Peranan media massa
·
filem yang mempunyai unsur-unsur negatif haruslah ditapis terlebih
dahulu. Pihal media massa tidak patut memandang sebelah mata mengenai isu ini.
§ Peranan ict
·
Pihak berkuasa hendaklah menetapkan umur yang sesuai untuk memasuki
pusat-pusat internet dan mengambil tindakan kepada pekedai yang membenarkan
kanak-kanak bawah umur memasuki premis mereka .
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulanya dengan mengamalkan kesantunan berbahasa ketika
berkomunikasi, kita akan digolongkan sebagai ahli masyarakat yang peramah,
bertimbang rasa ,berfikiran positif, mengamalkan sikap toleransi ,bersopan santun,jujur
dengan tetamu,bermoral dan baik hati. Ini secara tidak langsung kita akan
mengekalkan peribadi yang mulia sekaligus menonjolkan peribadi bangsa yang
lemah lembut dan tinggi peradaban. Penggunaan bahasa Melayu yang santun
dikatkan dengan tanggapan dan konsep ‘reti bahasa’. Kata pepatah melayu, “Yang
tua dihormati, yang muda disayangi”.
Kesantunan berbahasa dalam masyarakat hendaklah diterapkan dalam
kehidupan harian agar masyarakat kita akan sering saling menghormati satu sama
lain dan akan melahirkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan kesantunan
berbahasa.
4.ETIKA KEWARTAWANAN
PENGENALAN
104. ‘’Dan hendaklah ada di antara kamu satu
puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan
menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang
salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang
yang berjaya’’
Pengertian komunikasi menurut Islam ialah proses dalam menyampaikan
utusan kepada seseorang atau
masyarakat untuk dijadikan
milik bersama tentang maklumat, pengetahuan,kemahiran, sikap dan
kepercayaan berlandaskan syariat Islam. Komunikasi Islam merupakan komunikasi
bersifat universal meliputi seluruh aspek dalam kehidupan sepanjang hayat
umatIslam kerana proses komunikasi tersebut melibatkan komunikasi dengan Allah, komunikasi sesama manusia, komunikasi dengan
diri sendiri (muhasabah diri) dan komunikasi dengan alam.Tujuan komunikasi adalah
untuk memberitahu, menerangkan, member kefahaman, memberilmu,
memberi petunjuk, menyeru kepada kebajikan,
memberi hikmah dan
menyampaikan khabar gembira serta memberi peringatan (Ghazali Sulaiman,
2007 : 3-12)
Ia merupakan satu bidang
yang berkait dengan media
massa iaitu bidang kewartawanan dan sehingga kini kepentingannya
tidak dinafikan serta sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat.Peranan
wartawan yang berperanan penting untuk melaporkan berita bersifat terkini dan
semasa yang menyumbang kepada perkembangan dalam masyarakat memberikan impak
positif kepada Negara .
ETIKA KEWARTAWANAN MENURUT ISLAM
Pesan Nabi saw tersebut bermakna luas bahawa dalam berkomunikasi
hendaklah sesuai dengan fakta yang kita lihat, kita dengar, dan kita alami.
Prinsip-prinsip etika tersebut, sesungguhnya dapat dijadikan
landasan bagi setiap muslim – ketika melakukan proses komunikasi, baik dalam
pergaulan seharian , berdakwah, mahupun aktiviti-aktiviti lain.
v
Betulkan niat iaitu bekerja
semata-mata untuk mencari keredaan Allah.
v
Memulakan setiap kerja dengam
Bismillah dan apabila selesai mengucap Alhamdulullah.
v
Berada di medan penulisan
kerana melaksanakan kewajipan aradi dan fardhu kifayah.
v
Kekalkan pendirian menulis
hanya atas dasar kejujuran.
v
Melaksanakan Islam dalam diri,
keluarga, masyarakat, negara dan dunia dengan mengambilkira hukum wajib, sunat,
harus, makruh dan haram.
v
Menimba ilmu Islam melalui
pengajian (berguru) disamping pembacaan dan pemerhatian.
v
Ingatlah! Pena adalah pedang
jihad bukan senjata yang memuntahkan peluru-peluru fitnah, tohmahan dan
seumpamanya.
Menurut Nik Yusri Musa (2009)
1.Disiplin ilmu periwayatan hadis sebagai etika kewartawanan.
Ilmu periwayatan hadis
merupakan salah satu daripada
ilmu-ilmu yang dilahirkan oleh tamadun Islam. Keprihatinan dan
kesungguhan para cendiakawan muslim mengkaji, menyaring dan menapis setiap
khabar berita yang diterima samada
dari penambahan oleh
para pendusta, penyelewengan dan takwilan keterlaluan oleh para juhala’.
sememangnya berlaku dengan cukup
profesional. Sebagai wartawan kita perlu ada bukti yang kukuh dan hadis yang
sahih supaya tidak bercanggah dari etika kewartawanan menurut islam.
2.Ilmu mencela dan memuji seseorang
Ilmu ini ialah satu ilmu yang dikemukakan oleh para ulama’ Islam
terutama sekali yang berkecimpung
dalam bidang hadis.
Tujuan utama ilmu
ini bukannya mencaci, mencela
atau memuji seseorang tanpa tujuan yang betul. Malah cacaian dan pujian itu semata-mata untuk menjaga kesahihan
serta kebenaran riwayat yang diterima.
WARTAWAN SEBAGAI PENDIDIK DAN PENDAKWAH
Asas usaha dakwah ialah mengajak dan menyeru umat Islam supaya
beriman serta berpegang teguh kepada suruhan Allah dan sunnah Rasul-Nya. Dalam
surah an-Nahl , ayat 125.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu
dengan hikmah dan pelajaran yang baik bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat
dari jalan-Nya dan Dialah lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Pendakwah boleh bersifat individu, organisasi, negara dan ummah
keseluruhannya yangmenyampaikan mesej Islam secara verbal dan nonverbal . Berpandukan
kepada asas yang dianjurkan Islam, jelas wartawan berupaya menjalankan usaha
dakwah menerusi kandungan penulisan serta bahan siaran yangdisampaikan kepada
khalayak (Zulkiple Abd. Ghani, 2010).Wartawan yang baik harus mampu
menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih, sekaligus dapat menyumbang kepada
pembangunan minda yang seimbang di kalangan khalayak.
Pandangan ini turut disokong oleh kenyataan Timbalan Menteri di
Jabatan PerdanaMenteri, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim ketika merasmikan Kursus
Kewartawanan Islamanjuran Yayasan Taqwa dan MPI
( Malaysia Press Institute ). Beliau menyebut bahawawartawan Islam
sebenarnya berperanan besar serta memikul tanggungjawab yang beratterhadap
masyarakat. ”Wartawan Islam adalah seorang pendidik, pendakwah dan pemimpin.”
(Mstar Online, 30 Jun 2009).
KESIMPULAN
Kesimpulannya sebagai seorang wartawan mahupun apa sekali pun kita
kita mesti menyebarkan sesuatu berita yang betul dibantu oleh bukti seperti
hadia yang sahih serta ayat-ayat Al-quran untuk memperkukuhkan lagi berita yang
disebarkan agak tidak berlakunya fitnah serta megaibkan sesorang.
|
No comments:
Post a Comment